Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand - Hari 1 & 2

Bercuti di new zealand


25th January & 26th January

LALUAN HARI INI
 KLIA2 à OOL à AKL 


LAPANGAN TERBANG KLIA2

Setibanya kami di KLIA2, kami terus ke kaunter baggage drop untuk urusan check-in beg kami yang berisi bahan masak dan ubat-ubatan.  Sementara menunggu waktu berlepas, kami makan dulu di salah sebuah restoran diKLIA2.





Transit di Gold Coast selama sejam dalam perjalanan ke Auckland, New Zealand


LAPANGAN TERBANG GOLD COAST, AUSTRALIA

Kami akhirnya berlepas ke Auckland. Setelah 8 jam, kami tiba di lapangan terbang Gold Coast, Australia untuk tujuan transit. Semua penumpang transit perlu turun bersama semua bagasi tangan dan perlu mengikut papan tanda “international transfer”. Di sini kami perlu beratur dan bagasi tangan di imbas sebelum kami dibenarkan masuk ke kawasan menunggu.   Kami hanya menunggu dalam 20 minit sahaja sebelum dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat semula. Semua penumpang transit di arah duduk semula di tempat yang sama.  

Sebelum tiba di Auckland, kami mengisi borang kad deklarasi New Zealand Passenger Arrival Card. Kami menanda semua bahagian barangan larangan yang perlu kerana kami ada membawa pelbagai jenis makanan, ubat dan kasut/selipar. Ini adalah untuk mengelak daripada dikenakan denda berat oleh pihak kastam New Zealand.  


LAPANGAN TERBANG AUCKLAND, NEW ZEALAND



Auckland dari  udara


PROSES IMIGRESEN & PEMERIKSAAN KASTAM DI LAPANGAN TERBANG AUCKLAND, NEW ZEALAND

Selepas 3 jam, kami tiba di Auckland. Kami dibawa menaiki bas untuk ke terminal dan beratur hinggalah berjumpa seorang pegawai wanita. Dia bertanya sama ada kami membawa apa2 makanan atau kasut untuk kegunaan selain kegunaan peribadi. Akhirnya dia menulis FOOD LANE 3 di atas kad deklarasi kami. 

PEMERIKSAAN KASTAM 

Kami kemudiannya beratur mengikut Laluan 3 untuk ke kaunter pemeriksaan Kastam sehingga berjumpa dengan seorang pegawai lelaki berbangsa Cina dan seorang pegawai wanita tempatan New Zealand. Dia meminta kami membuka beg, 
Lelaki Cina itu bertanya, “Did you bring Brahim’s or canned sardine or maggie?”.
 Apabila kami jawab, ‘ya’, dia bertanya lagi “How about seasoning for nasi goreng?”.
Bila kami jawab “ya’, dia terus memberitahu rakan kerjanya, pegawai wanita tempatan New Zealand tadi “I told you Malaysian will bring all these stuff with them” sambil kedua-duanya ketawa.

Kemudian pegawai berbangsa Cina tadi mula berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
 “kiub maggie bawak tak?”, dia siap bertanya kami “kenapa bawa maggi kari saja, kenapa tak bawa maggi pedas sebab yang itu kegemarannya. Panjang betul dia berceloteh dalam bahasa Melayu dengan kami.
Sangat peramah orangnya tapi kami tidak sempat bertanya sama ada dia orang Malaysia atau sebaliknya sebab ramai yang beratur menunggu giliran untuk beg mereka di periksa. Akhirnya kami dibenarkan keluar, pegawai berbangsa cina tadi berkata “Thank you for declaring all your food and welcome to New zealand". 

MEMBELI DATA/INTERNET di SPARK (New Zealand)


Seorang ahli keluarga kami yang telah ada di New Zealand telah sedia menyambut kedatangan kami.  
Kami kemudiannya membeli data internet di kaunter Spark di lapangan terbang. Data/internet di New Zealand  agak mahal, NZD 29 untuk 1.5GB dan boleh topup NZD20 untuk 1GB.




membeli makanan halal di new zealand, kedai muhammed halal meat

membeli daging dan ayam halal di new zealand

Membeli daging & ayam halal di Auckland, New Zealand

MUHAMMED HALAL MEATS

Setelah semua urusan kami selesai, kami menuju ke kedai Muhammed 
untuk membeli daging, ayam dan sosej halal.

 Kedai ini beralamat di 202 Richardson Rd, Mount Roskill.

Muhammed Halal Meat menjual daging dan ayam halal di Auckland, New Zealand


PAK n SAVE

Kemudian kami ke PaknSave untuk membeli barang keperluan lain seperti sabun basuh pinggan, roti, minyak masak, beras, bawang dll. 

restoran halal di auckland new zealand

Pizza Halal di Auckland, New Zealand


HEAT PIZZAS & BURGERS

Kami singgah makan malam piza halal di 8 Mount Street, Auckland sebelum tumpang bermalam di sebuah rumah kenalan di sini. Kami tidak lama di Aucland sebab itu kami tidak menyewa penginapan di sini. 


Piza halal di Auckland, New Zealan


Itinerari Hari Ke-tiga
Itinerari Hari Ke-empat
Itinerari Hari Ke-lima
Itinerari Hari Ke-enam
Itinerari Hari Ke-tujuh
Itinerari Hari Ke-lapan
Itinerari Hari Ke-sembilan
Itinerari Hari Ke-sepuluh
Itinerari Hari Ke-sebelas
Itinerari Hari Ke-dua belas
Itinerari Hari Ke-tiga belas dan empat belas


Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan