Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand - Hari ke-5

Pengalaman bercuti di New Zealand bersama Keluarga


HARI KE- 5 :: 29th January 


Laluan Hari ini
Rotorua (Thermal VillageàRedwoodsàLake Tikitapu & Lake RotokakahiàGoverment GardensàRotorua Lakeà Auckland 

Musim panas , Suhu 13ºC - 24 ºC


Berkunjung ke Maori Village dan menyaksikan tarian Hakka Maori di New ZEaland


THE LIVING MAORI VILLAGE, WHAKAREWAREWA, 
ROTORUA 

Kami checkout dari Four canoes hotel dan memandu 10 minit ke The Living Maori Village atau pun dikenali juga sebagai  The Thermal Village. 
Tiket untuk masuk ke sini berharga NZD 35 (RM112) setiap seorang. Sebaik saja sampai, bau busuk sulfur dari aktiviti gunung berapi menusuk hidung tapi setelah lama berada di situ, bau ini semakin hilang. 

Semasa di sini, kami berjalan-jalan sendiri di dalam kawasan ini walaupun ada pemandu pelancong yang sedia membantu. Tak sesat pun jalan2 di sini dan ada banyak papan tanda yang menceritakan sejarah dan kegunaan setiap kolam air panas yang ada di sini . Kalau sukakan keunikan, inilah tempatnya,

Cuba sebut perkataan pada papan tanda merah di bawah ni...boleh ke?
haaa berbelit lidah,

Klik DI SINI untuk video di Maori Village

memandu ke maori village, bayaran masuk ke maori village, aktiviti di maori village rotorua

Pintu masuk ke Maori Village di Rotorua, New Zealand




Thermal Village di Rotorua, salah satu tempat unik untuk di lawati di New Zealand

Pemandangan di sekitar Maori Village, Rotorua New Zealand






Kebetulan ketika kami berada di sana, ada geiser meledak. 
Dapatlah kami melihat pancutan air panas yang agak tinggi. Walaupun berada agak jauh dari tempat ledakan, terasa seperti rintik-rintik hujan dan kemudian kami baru sedar cermin mata dan juga skrin fon bimbit kami bertukar menjadi warna putih sebab terkena abu dari ledakan ini. Rintik-rintik hujan tadi rupanya abu dari ledakan geiser tadi.

Klik DI SINI untuk video geiser.


ledakan geyser

Dah puas berjalan-jalan di perkampungan ini, kami kemudiannya ke pentas untuk menyaksikan persembahan Tarian Tradisional Maori yang disertai juga tarian Hakka iaitu tarian pejuang Maori sebelum masuk ke medan perang. Pasukan ragbi New Zealand, Allblacks pun selalu pamerkan tarian ini sebelum setiap perlawanan.😀 

Di akhir persembahan, pengunjung di ajak menari tarian Hakka bersama-sama diakhiri dengan Pukana iaitu jeritan pejuang sambil memterbeliakan mata dan menjelir lidah. 
Kami pun apa lagi, join sekali lah.

Klik DI SINI untuk video tarian Haka kami 
Pentas persembahan
Persembahan oleh Wanita Maori

Pertunjukkan tarian hakka oleh orang Maori New Zealand di Maori Village 



memandu ke redwoods forest rotorua, bercuti ke rotorua new zealand

Hutan Redwoods di New Zealand


REDWOODS FOREST, WHAKAREWAREWA, 
ROTORUA

Dari Maori Village, kami singgah di Redwood Forest. 
 Tempat ini cantik dan terasa sejuk dan nyaman apabila berada di tengah-tengah pokok Redwoods yang tinggi, kebetulan pula cuaca sudah mula panas ketika ini. 

Ada jambatan gantung, tempat berkelah dan laluan/trek jalan kaki, ada yang jauh dan ada yang dekat. Kalau masuk jauh ke dalam hutan ini, ada peluang sesat 😱  . Paling menarik ialah kedudukan tandas di sini , dan tandas ini ada ukiran burung2 yang terancam di New Zealand. Tandas pun ada seninya 😀 

Klik DI SINI untuk video di Redwoods.


Berjalan-jalan di dalam Redwood Forest, New Zealand





LAKE TIKITAPU(Blue Lake) & LAKE ROTOKAKAHI (Green Lake),  
ROTORUA

Tasik Tikitapu dan Tasik Rotokakahi ini terletak bersebelahan antara satu sama lain, 
tapi satu berwarna biru firus dan satu lagi pula hijau zamrud. Pelik kan? 

Kalau naik ke lookout point di sini, memang nampak dengan jelas warna kedua-dua tasik yang berbeza ini.

Klik DI SINI untuk video. 

kiri: Green lake dan kanan:blue lake

blue lake

green lake, new zealand terletak bersebelahan dengan blue lake




Tasik Tikitapu atau Blue Lake lebih popular untuk berkelah, mandi-manda dan aktiviti2 lain.
Kami singgah sebentar di sini untuk berehat, memang cantik.





Burger halal di New Zealand

BURGER FUEL HALAL, 
ROTORUA

Tidak jauh dari tempat ini, ada pusat beli-belah. Kami singgah untuk makan tengah hari di Burger Fuel. 

Kita perlu memberitahu pekerja di sini yang kita ingin beli burger halal semasa membuat pesanan makanan.
Burger halal akan dimasak menggunakan daging dan ramuan lain yang halal. 
Tempat masak pun berasingan dengan yang tak halal.


burger halal Thunderbird antara makanan halal di New Zealand





Melawat Goverment Gardens di Rotorua, tempat tarikan pelancong yang popular



GOVERMENT GARDENS, 
ROTORUA

Taman ini sangat cantik. Bangunan, bunga, arca, kolam air panas ada di taman ini.
Kami cuma berhenti sekejap sahaja kerana perjalanan kami untuk pulang ke Auckland masih jauh.

Klik DI SINI untuk video Goverment gardens


Goverment Gardens yang cantik di New Zealand

goverment gardens di rotorua, new zealand antara tempat yang wajib dikunjungi di North Island





ROTORUA LAKE

Apa-apa pun, sebelum meninggalkan Rotorua untuk ke Auckland, kami singgah di Rotorua Lake sekejap, tidak jauh dari goverment gardens.
Cuaca  panas jadi ramai pengunjung berada di tasik ini. 

Klik DI SINI untuk video Rotorua Lake





Bersiar-siar di Rotorua Lake, New Zealand


AUCKLAND - DINNER THAI

Tiba di Auckland, perut sudah mula lapar dan rasa malas pulak untuk masak
Jadi kami Ke Ayutthaya Thai Food  di Food Court, 182 Karangahape Road untuk makan malam. Sebenarnya ada kedai halal lain juga di Food Court ini selain Ayutthaya.

Di sebelah Ayutthaya Thai Food ini, ada Asean Market. Kalau nak beli bahan-bahan untuk masak seperti cili padi dll, boleh lah beli di sini. 


Makanan thai di Ayutthaya antara makanan halal di Auckland, New Zealand

tempat-tempat menarik di new zealand, jangan lupa melawat tempat-tempat menarik ini di new zealand, itinerary perjalanan ke new zealand, restoran halal di new zealand



Tiada ulasan:

Catat Ulasan