Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand: Hari ke 10

Bajet dan itinerari percutian ke New Zealand

HARI KE-10 :: 3 Februari 


LALUAN HARI INI (PAGI)
QueenstownàArrow TownàKawarau RiveràQueenstown

LALUAN HARI INI (PETANG)
QueenstownàParadise RoadàGlenorchyàQueenstown


Bercuti di pekan unik, Arror Town, New Zealand.


ARROW TOWN

Lepas sarapan di kabin kami memandu selama 20 minit ke bandar bersejarah dan unik, ArrowTown.

Kami berjalan-jalan di Buckingham Street.
Terdapat banyak bangunan bersejarah yang comel dan ada juga yang aneh.

Klik DI SINI untuk video di Arrow Town

Kedai dan rumah di Arrow Town, New Zealand


Setiap sudut di Arrow Town , New Zealand sangat unik










Pengalaman bungy jumping dan zip ride semasa bercuti di new zealand


KAWARAU RIVER

Dari Arrow Town kami memandu 20 minit lagi ke Kawarau River,
 tempat Bungy Jumping dan ZipRide.

Pengalaman Bungy Jumping di Kawarau River, New Zealand

Pintu masuk ke Ajhacket Bungy dan Zipline di New Zealand


AJHACKETT BUNGY & ZIPLINE

Ini lah platform untuk Bungy jumping, ramai beratur nak terjun di sini. 
Lebih ramai berbanding semasa kami di Bob's Peak.

Platform untuk bungy Jumping di Kawarau, New Zealand


Harga untuk bungy ialah NZD 195, lebih kurang RM 630 seorang😰  untuk terjunan 43 meter 
dari jambatan Kawarau😱😱 .

Klik DI SINI untuk melihat video Bungy Jumping kami.

bersedia untuk terjun di kawarau river, bungy jumping di New Zealand


Pengalaman terjun Bungy Jumping di New Zealand


Pengalaman bungy jumping dari jambatan Kawarau, New Zealand


Pengalaman Bungy Jumping di New Zealand, terjun dari jambatan ke dalam sungai Kawarau

Pengalaman yang tak dapat dilupakan, bungy jumping di New Zealand



Pengalaman Bungy Jumping di New Zealand. Terjun dari jambatan menjunam ke sungai kawarau New Zealand



Menjunam terjun bungy jumping di Kawarau River New Zealand




Selepas membuat terjunan, 
ada bot sedia menunggu di bawah untuk membawa balik ke darat.

menaiki bot selepas terjun bungy jumping di kawarau river new zealand



Pengalaman Zipride @ zipline di New Zealand


Kami juga memilih untuk menaiki Zipride, NZD 50 (RM 160). 
Kelajuannya 60 km/jam, boleh jadi superman jap 😀.

Petugas yang mengendalikan bungy jumping di atas jambatan semuanya lelaki, 
tapi di Zipride pula semuanya perempuan.

Klik DI SINI untuk melihat video ZIPRide.


Pengalaman Zipride @ zipline di New Zealand



Haa kan dah jadi superman tu..

Pengalaman menaiki Zipride @ zipline di New Zealand



menaiki zipline di kawarau river new zealand


Pengalaman Zipride @ zipline di kawarau river, New Zealand



Kami pulang ke Queenstown, 
masak makan tengah hari 
dan keluar lagi. Kali ini menuju ke Glenorchy 

Memandu ke salah sebuah tempat wajib di lawati di New Zealand iaitu Glenorchy, melalui Paradise Road

PARADISE ROAD

Dalam perjalanan ke Glenorchy, kami singgah bergambar di Paradise Road.



paradise road yang sangat cantik di new zealand


GLENORCHY

Tempat ini sangat cantik . 
Patutlah ia menjadi pilihan untuk latar belakang cerita Lord of The Ring, X-Men Origin, Wolverine dan The Chronicles of Narnia. Tapi di New Zealand ni ada ke tempat yang tak cantik? Semuanya cantik sampai letih nak bergambar.

Klik DISINI untuk video di Glenorchy





pemandangan yang menakjubkan di glenorchy, new zealand


glenorchy New Zealand, sangat cantik dan tenang



glenorchy, New Zealand tenang dan nyaman






Kami kembali ke Queentowns, masak makan malam dan berehat.


Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan