Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand: Hari ke 9

Bercuti bersama keluarga ke New Zealand

HARI KE 9 :: 2 Februari 


Hari ini masak sarapan di kabin dan kemudian bersiap2 untuk bermain luge di Bob's Peak. 


Pengalaman menaiki gondola/sky lift ke Bob's PEak, Queenstown, New Zealand


Kami hanya berjalan kaki dari kabin ke kaunter tiket luge.
 Kami beli tiket NZD 33 (RM 110)  tiap seorang, kemudian beratur untuk menaiki gondola menuju ke Bob's Peak yang tingginya 450 meter. 

Klik DISINI untuk video gondola



sky lift menuju ke bob's peak untuk bermain luge di South Island, New Zealand


Sampai saja di puncak, terpegun kami melihat pemandangan yang sangat cantik. 
Suhu hari ini 10 Celcius dan angin kuat.

Klik DI SINI untuk video di Bob's Peak.

 Pengalaman menaiki luge di Bob's Peak, Queenstown, 

New Zealand


Di sini boleh buat pelbagai aktiviti, main luge, berbasikal lasak, bungy jumping dan lain-lain.
Kami memilih bermain luge.  






Bermain luge di Queenstown, New Zealand


Ini tempat bungy jumping di Bob's Peak. 
Sepanjang kami di sini, ramai juga yang terjun dari platform ini.

tempat bungy jumping di Bob's Peak, Queenstown New Zealand



Dan kami pula seronok menunggang luge.

 Untuk setiap tiket yang dibeli, kita boleh menunggang luge ini sebanyak 6 kali. Kali pertama, semua penunggang mesti ikut trek biru yang lebih senang untuk membiasakan diri. Untuk tunggangan seterusnya, penunggang boleh memilih untuk melalui trek biru atau trek merah yang lebih mencabar. Luge bergerak dengan graviti dan kitalah yang mengawal sama ada brek untuk memberhentikannya atas melepaskan brek dan biarkan ia meluncur turun sendiri.

Inilah trek luge.

Trek luge menuruni bukit di Queenstown New Zealand




Luge bermula di Zon Atas dan akan menuruni trek ke bawah. 
Kemudian, kami naik chairlift untuk naik ke Zon Atas semula dan menunggang luge ke bawah lagi. Kami bermain luge 3 kali, dan berhenti untuk menikmati minuman panas dan kuih di cafe yang ada di situ. Cuaca sejuk dan angin kuat, bila pekena kopi memang sedap. Lepas tu kami sambung lagi bermian luge.

Klik DI SINI untuk video luge.


chairlift untuk naik semula ke Zon Atas

pengalaman menaiki luge di Queenstown New Zealand


menaiki chairlift untuk ke puncak dan kemudian naik luge untuk turun ke bawah semula, Queenstown New Zealand



Kami kembali ke kabin untuk masak makan tengah hari. 

Kemudian keluar berjalan2 di bandar Queenstown. 
Cuaca sangat sejuk, angin kuat dan hujan renyai2, jadi kami terpaksa pulang awal ke kabin.



bandar queenstown new zealand yang sangat cantik









Itinerari Hari Pertama dan Kedua
Itinerari Hari Ke-tiga
Itinerari Hari Ke-empat
Itinerari Hari Ke-lima
Itinerari Hari Ke-enam
Itinerari Hari Ke-tujuh
Itinerari Hari Ke-lapan
Itinerari Hari Ke-sepuluh
Itinerari Hari Ke-sebelas
Itinerari Hari Ke-dua belas
Itinerari Hari Ke-tiga belas dan empat belas


Itinerari bercuti di New Zealand bersama keluarga

Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI 


1 ulasan:

  1. metal meaning - Titanium Art
    metal meaning: Metal is the alloy that is titanium security in the metal band's core, the metal titanium welder band is not 2016 ford focus titanium simply defined. It titanium hair dye is a where is titanium found

    BalasPadam