Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand (Mata-mata, Blue Springs,Huka Falls,Lake Taupo,Rotorua) - Hari ke-4

Percutian di New Zealand

HARI KE- 4 :: 28th January 


Laluan Hari ini
Auckland à Matamata à Blue Spring à Huka Falls à Lake Taupo à Rotorua


Menyewa kereta dari Ezi Car Rental, Auckland, New Zealand


Hari ini masak sarapan dan bekal untuk makan dalam perjalanan. Kami ambil kereta sewa yang telah kami tempah dari Ezi Car Rental di pusat bandar Auckland. Tempatnya tidaklah jauh, kami berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke sana. Kereta ini kami sewa selama 3 hari dan akan kami hantar di lapangan terbang Auckland sebelum bertolak ke Christchurch hari Sabtu depan.

Cuaca di New Zealand ini berubah-ubah. Semalam suhu 16 ºC, sejuk nyaman dan berangin.
 Tapi hari ini suhu hampir 23 ºC, baru lah terasa ini musim panas.

pengalaman percutian ke matamata, hobitton, new zealand

Singgah di Hobitton, Matamata dalam perjalanan ke Rotorua

MATAMATA

Kami memandu menuju ke Rotorua.
 Dalam perjalanan, kami singgah di Matamata. Kami memang tidak bercadang ke Hobiton sebab rasa tak berbaloi berbelanja untuk lawatan ke sana. Tapi walaupun kami tidak betul2 ke sana, kami berpeluang bergambar dengan sebuah rumah horbit di tepi jalan di Matamata. Rumah horbit ini sebenarnya pusat pelancongan untuk Matamata. 

Jadi walaupun tak ke Hobiton, dapat juga kami melihat dan bergambar di hadapan rumah comel ini, 
percuma pulak tu 😁.   


Memandu melalui Hobbiton di New Zealand



Rumah orang hobbit di New Zealand




Rumah orang hobbit di matamata, New Zealand



tips bercuti ke new zealand bersama keluarga, bercuti secara backpacker ke new zealand, sewa kereta paling murah di new zealand, pakej percutian ke new zealand, penginapan murah di new zealand

Membeli buah-buahan tempatan yang sedap dan murah di New Zealand

Semasa meneruskan perjalanan ternampak ramai orang berhenti di bahu jalan untuk beli buah. 
Kami pun tak ketinggalan, beli apricot, necterine dan avocado.






Dalam perjalanan ke Rotorua  kami singgah di Blue Spring , Huka Falls dan Lake Taupo , New Zealand 


BLUE SPRING, New Zealand

Kami meneruskan perjalanan dan kali ini singgah di Blue Spring.
 Kereta kami tinggalkan di bahu jalan dan kami berjalan selama lebih kurang 30 minit untuk sampai ke tasik yg cantik ini. 

Berjalan kaki melalui cerun bukit untuk ke Blue Spring yang sangat cantik, di New Zealand

Jalan menuju ke Blue Spring, New Zealand dari tempat letak kereta di tepi jalan besar



Airnya biru dan sangat jernih hingga nampak semua tumbuh-tumbuhan di dalam dan di dasarnya. 
Dalam gambar tak berapa nampak air tasik ini kerana terlalu jernih.

Sebenarnya, orang ramai tidak dibenarkan mandi/berenang di sini. 
Tapi, ada juga pelawat yang degil dan berbuat sesuka hati mereka.

Klik DI SINI untuk video Blue Springs.

Sebelum menyambung perjalanan, kami menjamu selera di sini dengan bekalan yang kami bawa.




Air jernih umpama cermin di Blue Lake, New Zealand





 Airnya biru dan jernih..
.nampak seperti cermin, 
sangat2 cantik.



HUKA FALLS, TAUPO

Kami singgah pula di Huka Falls. 
Pemandangan yang sangat menakjubkan. 
Ada pelbagai aktiviti di sini tapi kami hanya singgah untuk menikmati keindahan dan bergambar. 


Klik DISINI untuk video di Huka Falls


Huka Falls, New Zealand yang menakjubkan






LAKE TAUPO

Lake Taupo terletak tidak jauh dari Huka Falls.
Air dari Huka Falls lah yang mengairi Lake Taupo.





Menuju ke Rotorua, New Zealand


ROTORUA

Akhirnya sampai ke destinasi kami, Rotorua, kami terus checkin di Four Canoes Hotel. 
Bilik kami di lengkapi sebuah katil queen dan 3 katil single, cukup untuk kami berlima sekeluarga.   


Bilik TV/Media di Four Canoes Hotel

Selepas checkin dan menyimpan beg2 kami di bilik, kami terus ke Communal Kitchen.
 Ketika ini cuma ada sekeluarga pengunjung lain yang sedang menggunakan oven untuk memanaskan pizza mereka. 

Kami terus mengeluarkan semua peralatan masak dan pinggan mangkuk yang kami perlu dari kabinet dan menyamak kesemuanya menggunakan sabun tahara.

Kami memang datang awal untuk memasak supaya tidak perlu berkongsi dapur, sinki dan peralatan yang telah kami samak .







1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam