Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand : Hari ke 7

Bercuti di Christchurch, New Zealand

Bercuti ke New Zealand (lake tekapo)

HARI KE- 7 :: 31th January 

AucklandàChristchurchàLake TekapoàChurch of Good Sheperd

Musim panas , Suhu 11ºC

Selepas subuh, kami memandu ke lapangan terbang Auckland. 
Apabila tiba di lapangan terbang, kami pulangkan kereta kepada Ezi Car Rental di pejabat mereka berdekatan lapangan terbang. Kemudian pihak Ezi Car Rental menghantar kami ke airport dengan shuttle bus mereka. Oleh kerena kesuntukan masa, kami tidak sempat bersarapan dan terpaksa terus menaiki pesawat ke Christchurch.


Menaiki Jetstar ke Christchurch, New Zealand untuk bercuti di South Island


CHRISTCHURCH
Tiba di Christchurch, kami ambil beg dan keluar dari lapangan terbang menuju ke shuttle bas Rental Cars yang  membawa kami ke pejabat mereka. Pemandu bas ini berpesan agar kami menempah mana-mana aktiviti yang ingin kami buat di South Island seawal mungkin kerana terdapat 60,000 pelawat dari negara Cina yang akan sampai untuk bercuti di situ sempena Tahun Baru Cina.


Menyewa kereta dari Rental Cars di Christchurch, New Zealand


Urusan sewa kereta di pejabat Rental Cars sekejap saja. Pegawai yang melayan kami orang tempatan New Zealand, orangnya peramah dan dia memberitahu kami isterinya orang Malaysia, berasal dari Sabah. Haa, mana2 pun ada orang Malaysia.


menyewa kereta murah di christchurch new zealand, makanan halal di new zealand, memandu di south island new zealand



Christchurch Airport - menunggu beg

Selepas urusan kereta sewa selesai, kami memandu mencari tempat makan tengah hari.
Memang kelaparan sebab sarapan pun tak sempat pagi tadi. Ketika ini pukul 1030 pagi dan banyakan kedai makan halal masih belum dibuka.

Akhirnya kami makan di kedai Egyptian Kebab House.
Saiz hidangan di sini agak besar, NZ80 untuk 5 org. RM 260 tu, agal mahal kalau ikut bajet kami.  Tuan punya kedai ini peramah orangnya, servisnya pun bagus. Cuma makanannya tidak begitu memenuhi selera kami.



Membeli daging dan ayam halal di Christchurch, New Zealand

Kami kemudiannya membeli ayam dan daging halal di Quality Butcher
 dan selepas itu singgah di PaknSave untuk membeli barang-barang lain seperti beras, minyak masak, telur dan lain-lain sebelum memandu ke Lake Tekapo. 
Memang kami rancang beli semua barang di Christchurch sebab rasanya susah untuk mendapatkan barang-barang halal di Lake Tekapo. PaknSave pun tak ada di sana.

tempat menjual daging dan ayam halal, kedai Quality Butcher, Christchurch New Zealand


Perjalanan ke Lake Tekapo semasa bercuti di New Zealand

Memandu dari Christchurch ke Lake Tekapo, 

New Zealand

Dari Christchurch ke Lake Tekapo memakan masa 3 jam. 
Di awal perjalanan, banyak terdapat ladang ubi di kiri dan kanan jalan. Kemudian pemandangan bertukar menjadi gunung-ganang yang cantik. 
Kami singgah sebentar untuk bergambar di salah sebuah lookout point.

Klik DISINI untuk video tempat ini




LAKE TEKAPO

Sampai di Lake Tekapo, terus mendaftar di Lake Tekapo Hotel & Holiday Park dan ambil kunci. Ketika ini fullhouse, tiada bilik kosong langsung.
Nasib baik kami buat tempahan awal.

Daftar dan Ambil kunci di sini, Lake Tekapo Hotel & Holiday Park


Tips menyewa penginapan murah di New Zealand

Keindahan Lake Tekapo, South Island, New Zealand

Kami menyewa Kiwi Bach, dengan reka bentuk tradisional rumah orang kiwi.
Ada 2 bilik tidur, dapur, alatan memasak dll, sesuai untuk kami berlima.
Masuk ke Kiwi Bach kami terus samak semua peralatan dapur.

Bergambar di hadapan Kiwi Bach kami di lake Tekapo, New Zealand


Lake Tekapo sangat-sangat cantik.
Tak dapat nak gambarkan macam mana cantiknya tempat ini. Dalam gambar pun tak secantik keadaan sebenar. Air tasiknya berwarna biru firus berlatar belakangkan gunung-ganang dan awan biru. Kebetulan cuaca pun sejuk, 11ºC pada waktu pagi dan malam dan panas sedikit pada waktu tengah hari. Angin kuat dan ada kalanya terlalu kuat!

Klik DI SINI untuk video di Lake Tekapo.

Pemandangan yang sangat cantik dari tingkap bilik kami,di Lake Tekapo New Zealand













CHURCH of GOOD SHEPERD


Selepas menyimpan barang kami di dalam Kiwi Bach,  kami terus ke Church of Good Sheperd yang terletak berdekatan dengan Lake Tekapo Hotel & Holiday Park.

Tempat ini terkenal dengan bunga lupin yang banyak di sekelilingnya. Sayangnya semasa kami di sana, bunga lupin ini sudah tiada. Nasib baik sempat tengok bunga lupin di Albert Park, Auckland beberapa hari lepas.


Pemandangan cantik di sekitar church of good shepherd, di lake tekapo new zealand










Dah penat berjalan2 dan angin pun semakin kuat dan terasa sangat sejuk,
kami pulang ke Kiwi Bach kami untuk masak dan makan malam,

harga makanan di new zealand, bajet percutian di new zealand, budget percutian ke new zealand, persiapan untuk bercuti ke new zealand

Itinerari Hari Pertama dan Kedua
Itinerari Hari Ke-tiga
Itinerari Hari Ke-empat
Itinerari Hari Ke-lima
Itinerari Hari Ke-enam
Itinerari Hari Ke-lapan
Itinerari Hari Ke-sembilan
Itinerari Hari Ke-sepuluh
Itinerari Hari Ke-sebelas
Itinerari Hari Ke-dua belas
Itinerari Hari Ke-tiga belas dan empat belas

Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan