Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand : Hari ke12

Pengalaman Bercuti di New Zealand selama 14 hari

5 FEBUARI, MUSIM PANAS 9 ºC - 21 ºC

LALUAN & HENTIAN HARI INI
Leith Valley Touring PaekàLarnach CastleàMoeraki BouldersàOmara ParkàCantebury Islamic CentreàChristchurch AirportàAuckland 

Hari ini masak sarapan dan juga bekal spagetti goreng untuk makan tengah hari. 
Kami keluar dari Leith Valley Touring Park pada pukul 10 pagi dan memulakan perjalanan setengah jam ke Larnach Castle.

Itinerari dan bajet percutian di New Zealand

Perjalanan menuju Larnach Castle, satu-satunya istana di New Zealand

LARNACH CASTLE

Larnach castle ini adalah satu-satunya istana yang terdapat di New Zealand.
Harga tiket untuk masuk ke dalam bangunan Larnach Castle ialah NZD 31 seorang.
Kami memilih tiket berharga NZD 15 seorang untuk masuk ke perkarangan istana dan Ball room Cafe sahaja. Lagipun kami ada terbaca yang bangunan ini biasa saja, yang cantik ialah taman sekitarnya.

Dan sememangnya taman di Larnach Castle ini sangat cantik.
Cuaca pun sejuk, memang sesuai untuk jalan2 di taman ini.

Larnach castle, satu-satunya istana di New Zealand


di hadapan larnarch Castle di new zealand



kawasan persekitaran larnarch castle, new zealand yang sangat cantik







Larnach Castle, Ball Room Cafe


Laluan ke Ball Room Cafe




Larnach Castle, 
Kawasan Luar Ball Room

Kawasan persekitaran larnarch castle, new zealand



Memandu ke Moeraki Boulders, New Zealand untuk melihat batu-batuan unik di tepi pantai.

MOERAKI BOULDERS

Dari Larnach Castle ke Moeraki Boulders memakan masa selama sejam. 

Kami berhenti di Moeraki Cafe & Gift Shop.
Ada tangga untuk turun ke tepi pantai yang di bina di belakang Cafe & Gift Shop ini. Sebelum menuruni tangga ini, ada papan tanda yang meminta pelawat memasukkan NZ 2 ke dalam tabung yang ada di tepi tangga dan duit yang didermakan ke dalam tabung akan digunakan untuk menyenggara tempat ini untuk kemudahan pelawat. Ada pelawat yang membayar tapi ramai juga yang terus turun ke pantai melalui tangga ini tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.


Semasa menuruni tangga, 
kami ternampak seekor ikan lumba-lumba (dolphin) sedang berenang dan bermain-main dengan sekumpulan pelancong yang mandi di pantai ini 😄😄.


  



moeraki boulders, New Zealand , salah satu tempat unik yang wajib dilawati



 OMARA PARK
Kami singgah di Omara Park dan
makan bekal spageti goreng yang kami bawa untuk makan tengahari.

Omara Park

Masjid di Christchurch

CANTERBURY ISLAMIC CENTRE

Sampai di Christchurch, kami singgah solat di Masjid An-Nur dahulu.




Selesai solat, kami singgah makan nasi biriani dan Roti Nan di sebuah kedai Pakistan di Christchurch.

LAPANGAN TERBANG CHRISTCHURCH

Kami memulangkan kereta sewa GoRentals berdekatan dengan lapangan terbang. Pihak GoRentals kemudiannya menghantar kami ke lapangan terbang dengan shuttle bas.
Pesawat kami berlepas ke Auckland tepat pada jam 850 malam.

LAPANGAN TERBANG AUCKLAND

Sebaik tiba di sini, kami berjalan keluar dan menaiki shuttle bus  dengan harga NZD 67 untuk 5 orang untuk pulang ke rumah pelajar Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan