Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand: Hari ke 8

Bercuti ke New Zealand

HARI KE-8 :: 1 Februari 


LALUAN HARI INI
Lake TekapoàLake PukakiàMt. CookàTasmanian LakeàLindis PassàQueenstown

LAKE TEKAPO

Selepas masak dan makan sarapan dalam Kiwi Bach,
 kami checkout dan meninggalkan tasek yang sangat cantik ini 😭 untuk ke Queenstown.


Tasik di new zealand, pantai di new zealand, barangan murah di new zealand, memandu ke south island new zealand, tips memandu di new zealand

Keindahan Lake Pukaki, South Island, New Zealand

LAKE PUKAKI

Kami singgah di Lake Pukaki untuk bergambar. 

Semasa kami sampai, hanya kereta kami saja yang ada di tepi jalan tapi bila kami kembali ke kereta, sudah terdapat beberapa buah kereta lain yang turut berhenti untuk bergambar di tepi tasik yang cantik ini.

pemandangan indah di Lake Pukaki, South Island, New Zealand





memandu ke mt cook ketika bercuti di new zealand, mt cook yang indah, mendaki mt cook, penginapan di mt cook


Memandu menuju Mt Cook, South Island, New Zealand

MENUJU MT.COOK

Perjalanan menuju ke Mount Cook di penuhi dengan pemandangan yang sangat cantik.
 Kalau ikutkan hati, semua tempat nak berhenti ambik gambar tapi nanti lambat pulak sampai.

Jalan menuju ke Mt. Cook, di South Island New Zealand




MOUNT COOK


Tiba di Mt. Cook, kami berjalan kaki ke Hooker Valley.
Kami berjalan hingga sampai ke jambatan gantung pertama di Mueller Glacier.

Berjalan kaki menuju jambatan gantung di Mount Cook New Zealand


Sebenarnya terdapat 3 jambatan gantung di sini dan masa untuk berjalan pergi dan balik ialah selama 3 jam. Kalau tambah masa nak bergambar dll, tentunya lagi lama. 

Jadi kami hanya berhenti di jambatan pertama saja, bergambar dan menikmati pemandangan yang sangat cantik di sini.

Walaupun musim panas, puncak Mt. Cook masih di penuhi salji.
Di sini cahaya matahari agak terang tapi angin kuat dan sejuk.

Klik DI SINI untuk melihat video di Hooker Valley, Mt. Cook.


Walaupun musim panas, masih ada salji di puncak Mt Cook New Zealand



Pemandangan di Mount Cook, New Zealand, sangat cantik.


bercuti di new zealand bersama keluarga

Mendaki bukit curam untuk melihat keindahan Tasman Glacier, 

New Zealand

TASMAN GLACIER

Hentian kami seterusnya ialah di Tasman Glacier, glacier terpanjang di New Zealand.
Di sini, kami mendaki tangga yang curam lebih kurang 100 meter tingginya dan memakan masa dalam 20 minit untuk sampai ke puncak. Agak memenatkan tapi semuanya berbaloi apabila melihat pemandangan yang cantik di puncaknya.

Klik DISINI untuk video mendaki bukit ini. 

Mendaki tangga yang curam di sini membuatkan kami terkenang pula semasa kami mendaki bukit An-Nur untuk Ke Gua Hira di Mekah pada waktu malam awal tahun lepas. Rindu pula pada Mekah dan Madinah. 

mendaki bukit yang sangat curam ke Tasman Glacier, New Zealand



Bila sudah sampai ke atas, 
penat mendaki pun hilang bila terlihat pemandangan yang cantik di sini.



pemandangan yang sangat indah di Tasman Glacier, South Island New Zealand



Bergambar di puncak Tasman Glacier, New Zealandn yang sangat cantik


MT COOK NATIONAL PARK VISITOR CENTRE

Turun saja dari Tasman Glacier, perut dah mula berkeroncong. 
Jadi kami singgah untuk makan bekal yang kami bawa di Mt. Cook National Park Visitor Center. 


LINDIS PASS

Semasa memasuki kawasan Lindis Pass,
 gunung-ganangnya bertukar menjadi tandus dan kekuningan tapi tetap cantik dan kelihatan unik.


Pemandangan yang menakjubkan dan unik di Lindis Pass, New Zealand




Lindis Pass, antara tempat yang patut dikunjungi di New Zealand kerana keunikannya



Membeli cherry segar dari ladang di south island, new zealand


Perjalanan dari Lindis Pass menuju ke Queenstown memakan masa 2 jam. Dalam perjalanan, tiba-tiba kami ternampak papan tanda 

"Drive Thru"
Fresh Cherries $10 per KG".

Memang kami berhajat nak makan ceri, tapi ceri yang kami jumpa sebelum ini seperti di Asean Market dan PaknSave di Auckland agak mahal, NZD 6 untuk 400gm. 
Jadi kami ikut papan tanda masuk ke rumah pemilik kebun ceri ini.  

Mereka sedia menunggu di hadapan rumah sambil berehat. 
Bila ada kereta masuk, mereka terus bertanya berapa pek yang kita nak. Setiap pek satu kg.
Senang saja.
Dan cerinya baru dipetik, segar dan manis sekali.  


Ini lah rumah tempat kami beli Cherry Drive Thru.



QUEENSTOWN

Akhirnya kami tiba di Queenstown dalam pukul 730 malam, suhu 11 Celcius ketika ini.
 Kami telah pun membuat tempahan Cabin untuk 5 orang di Queenstown Lakeview Holiday Park yang terletak berdekatan dengan semua aktiviti yang ada di Queenstown,


Kami samak semua peralatan dapur dengan sabun tahara 
dan masak makan malam di kabin dan berehat kerana esok banyak lagi aktiviti yang kami rancang.


Itinerari Hari Pertama dan Kedua
Itinerari Hari Ke-tiga
Itinerari Hari Ke-empat
Itinerari Hari Ke-lima
Itinerari Hari Ke-enam
Itinerari Hari Ke-tujuh
Itinerari Hari Ke-sembilan
Itinerari Hari Ke-sepuluh
Itinerari Hari Ke-sebelas
Itinerari Hari Ke-dua belas
Itinerari Hari Ke-tiga belas dan empat belas

Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI 
Petite France, Korea. bercutidikorea.blogspot.com 

memasak di new zealand, mencari makanan halal di new zealand, bajet percutian ke new zealand, perbelanjaan perutian ke new zealand 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan